JaDi HamBa ALLAH atau HaMBa maNuSia


Cerna iman..
Renungi dialog
Muslimah A: Assalamualaikum..
Muslimah B: Waalaikumussalam warahmatullah.. ada apa ye ukhti?
Muslimah A: anti terfikir dengan satu soalan.. jika anti tanya antum satu soalan ini boleh?
Muslimah B: Boleh..
Muslimah A: Jika antum disoal, adakah antum mencintai Allah? Apa yang akan antum jawab?
Muslimah B: Ya..semestinya. kenapa antum tanya begitu? Bukankah cinta Allah itu yg paling agung.. sebagai hambanya..kita memang seharusnya mencintai Allah S.W.T.
Muslimah A: ye betul. Tapi apa buktinya antum benar2 mencintai Allah..? bagaimana untuk buktikan bukan sekadar dengan kata2 antum sahaja?
Muslimah B: err..anti solat lima waktu, berpuasa, mengaji Al-Quran, bersedekah..dan mengerjakan segala suruhan NYA.
Muslimah A: itu sahajakah buktinya?? Buktikan yang antum benar2 lakukan segala ibadat itu kerana Allah..bukan kerana semua orang buat, lalu antum pun buat. Bukan kerana nenek moyang..ayah ibu buat..lalu antum pun ikut.
Muslimah B: hurmm.. anti tak tahulah. mustahil anti boleh buktikan..hanya Dia yg Maha Mengetahui..
Muslimah A: benarkah selama ini antum mengerjakan ibadah itu kerana Allah, atau kerana ajakan ibu bapa dan manusia sekeliling yg mengatakan ini adalah betul..dan itu tidak. Adakah antum benar2 menghayati ibadah itu kerana Allah..atau ‘orang yg suruh’..? cuba antum scan hati antum. Selidik betul2 sedalam2nya.


Baik, mari kita lihat, dalam kita beribadat, pernahkah kita betul2 merasai perbuatan kita itu benar2 kerana terasa kecintaan kita kepada Allah hingga membawa kita untuk bersungguh2 dalam melangsungkan ibadah tersebut. Pernahkah anda terasa…ketika dalam solat itu, apa yg anda baca adalah memuji Allah, mengaku keesaanNya dan kemudian mengaku anda sebagai hambaNya..dan seterusnya memohon petunjuk dan pertolonganNya. Rasa?? Betul ke??

Ok, kita scan lg.. asalnya kita mulakan ibadat..kerana Allah suruh atau orang suruh? Tengok betul2 keadaan ni… anda rasa berat nak solat, kemudian seorang kawan anda tiba2 menegur, “dah solat ke belum..” kita pun jawab “ nak solat la ni..” kemudian kita solat. Agak2 betul ke masa tu kita Ikhlas kerana Allah? Fikirkan balik..kalau betullah kita Cintakan Allah..sanggupkah kita biar Allah tunggu kita lama2 bila sampai waktu untuk ber’dating’ dengan Allah? Tengok balik bila kawan kita tegur tadi, kita baru terhegeh2 nak solat..sebab dia tegur baru antum solat..atau sebab antum betul2 nakkk sangat2 beribadat untuk Allah? Kalau betul keran Allah baguslah..Alhamdulillah..tapi jika tidak? Hati2..kita bukan hamba manusia..kita hamba Allah.. jadi buat sesuatu mestilah kerana Allah, bukan kerana manusia.

Cuba lihat lagi…bila masuk masjid, kita tengok ramai orang baca quran..lalu kita pun baca quran. Kita tengok rmai orang buat solat sunat..kita pun nak ikut buat solat sunat. Alhamdulillah.. buat ibadat beramai2 memang terasa lebih bersemangat..  ha, tapi hati2!! anda buat tu kerana mereka..atau kerana anda betul2 ikhlas nak beribadat kepada Allah?? Kalau kita ikhlas..baguslah.. tapi kalau saja2 sebab ikut orang..haishh..takut jugak tu. Ana xckp salah..tapi agak bahaya sebab takut niat kita dah lari.. kalau awal2 tu paksa diri memangla, tapi sampai bila nak buat ibadah sebab disuruh..bukan benar2 Ikhlas kerana ada rasa Cinta kepada Allah. Ingat..! Kita tak nak jadi hamba manusia..kita hidup hanya sebagai hamba Allah..

Awak..awak tu hamba Allah..jadi kenapa buat sesuatu tu sebab orang yg suruh. Bukan ke dalam kitab yg hari2 awak baca tu macam2 Allah suruh, tapi awak xbuat pun…tapi bila kawan awak suruh..kawan awak ingatkan, baru awak buat. Harap niat awak kerana Allah..bukan sebab kawan awak tu. Kalau sekarang ni awak dah tersedar..cepat2lah awak ubah niat awak..semata2 untuk Allah..bukan untuk orang lain ye awak. Awak Cintakan Allah..maka jadilah hamba ALLAH, bukan lagi hamba manusia.


Anti tersedar..perubahan anti suatu masa dulu..benar2kah kerana anti ikhlas..kerana Allah? Benarkah..? dulu anti yakin.. tapi bila sahabat anti yg banyak membantu anti untuk berubah itu jauh dari anti.. anti terdorong balik ke jalan lama yg penuh dengan kegelapan. Anti cuba lawan..tapi anti susah. Anti terasa macam nak protes. Anti seolah2 nak slahkan sahabat anti kerana tinggalkan anti dalam perjalana anti nak berubah. Kemudian anti fikir..kenapa Allah takdirkan anti jauh dari sahabat anti? sedangkan bila kami rapt, kami akan banyak lakukan ibadah bersma2..lebih bersemangat untuk anti berubah kerana perubahan ini sangat payah dan perlukan banyak kekuatan.  Kemudian anti sentiasa berdoa supaya Allah dekatkan kembali ukhwah kami..kerana anti tak kuat. Anti tak nampak lagi… anti minta lagi, “Ya Allah..kau tentukanlah yg terbaik buat kami. Jika bersahabat kembali seperti dahulu adalah yg terbaik untuk kami, Kau eratkanlah kembali ukhwah kami, tapi jika itu bukan yg terbaik untuk kami..aku berserah kepadamu Ya Allah..kerana sebaik2 kejadian datangnya dariMu Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui sedangkan aku tidak.” Lalu terdetiklah pada hati, hikmahnya kami jauh, supaya anti sedar..perubhan anti kerana cinta anti pada manusia atau cinta anti pada Allah?? Jika pada Allah..mengapa anti harus lemah untuk berubah..? bukankah hidayah Allah itu sudah hadir pada anti? Bukan kah anti sudah berubah?? Jadi mengapa saat anti berjauhan dengan sahabat itu, anti terdorong untuk kembali kepada kemungkaran..sedangkan anti tahu Allah marah jika anti lakukan itu?? Astaghfirullahalazim.. salahlah niat anti rupanya… anti tak ikhlas pun untuk berubah, tapi kerana sahabat anti sangat inginkan anti berubah..lalu anti pun lakukan. Bukan salah sahabat anti kami jauh, tapi Allah sengaja nak buka mata hati anti untuk berfikir..yg memberi hidayah itu adalah Allah…yg membantu anti untuk berubah itu juga Allah..bukan sahabat anti. Jadi mengapa anti bersedih sahabat anti jauh, kerana bantuan Allah itu akan sentiasa datang pada anti dalam pelbagai cara..bukan hanya melalui sahabat anti. Subhanallah..Allah sangat sayangkan anti..sentiasa sedarkan anti sedangkan anti cinta atau tidak padanya…


Lalu aku berteleku memohon keampunanNya, kerana bodohnya aku kembali kepada kemungkaran itu, entah taubat keberapa yg kulakukan…tapi Allah tak pernah jemu.

“Allah takkan pernah bosan memberi keampunan kepada hambanya, walaupun hambanya akan bosan meminta ampun kepadaNYA.”



Kemudian aku bersujud..sujud yg penuh dengan kekesalan. Aku merayu..aku masih ingin menjadi hambaMu..bantulah aku, halanglah aku dari jalan kemungkaran ini lagi. Sesungguhnya aku hanya takut dengan amaranMu, bukan amaran dari manusia.. ubahlah aku, tolonglah aku. Terimalah aku kembali Ya Allah. Aku masih ingin menjadi hambaMu, janganlah biarkan aku jauh dari hidayahMU.
Kemudian kitab Agung kubuka. Terpampang padaku surah Luqman. Lalu kuhayati.

Ini ialah ayat-ayat kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh. Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. [Surah Luqman, ayat 2 – 5]

Kalimah ini bagaikan peniup semangat buatku untuk aku teruskan usahaku mengejar cintaNYA. Suasana di luar mendung, sesekali bunyi kilat memecah kesunyian. Kuteruskan lagi…

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat meliputi akan segala yang tersembunyi. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. [Surah Luqman, ayat 16 & 17]

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. [Surah Luqman ayat 22]

Wahai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. [Surah Luqman ayat 33]




Comments

Popular posts from this blog

Bersahabatlah

Pemergiann... mati itu pasti